Akibat merekrut kumpulan pengganas

Akibat merekrut kumpulan pengganas

TIRANA, Albania, 4 Mei (AP) – Mahkamah Albania hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara kepada sembilan orang Islam dalam jangka lama tujuh hingga 18 tahun akibat hasutan pengganasan, merekrut dan menghantar lebih daripada 70 orang lelaki untuk menyertai kumpulan pemberontak di Syria.

Mahkamah Tirana pada hari ini berkata bahawa lelaki-lelaki itu, termasuk tiga pendakwah, telah disabitkan atas kesalahan merekrut, melatih dan menghasut kebencian, terutama di ibu negeri, Tirana, dari dua masjid yang tidak diiktiraf oleh komuniti negara Islam itu.

Ahli-ahli keluarga mereka bagaimanapun berkata mereka akan menjamin.

Kira-kira dua pertiga dari 3.2 juta penduduk Albania beragama Islam. Ketua-ketua arus perdana keagamaan telah meminta pengikut-pengikut mereka untuk tidak menyertai kumpulan-kumpulan pemberontak di Syria. Namun, masih ada warga Albania dipercayai menyertai kumpulan-kumpulan ekstremis Islam di Syria dan Iraq.