Akibat miliki 997 biji telur penyu

Akibat miliki 997 biji telur penyu

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_161019_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Seorang lelaki warga Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan memiliki barang larangan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Shahril bin Amatslan, 34, yang menghadapi pertuduhan memiliki 997 biji telur penyu dalam keretanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Pos Kawalan Labu, Temburong pada 16 Oktober 2016.

Pegawai Pendakwa Kastam mengemukakan pertuduhan di bawah Seksyen 140(1)(d) Perintah Kastam 2006 dan dihukum di bawah Seksyen 140(1)(iii) yang sama iaitu bagi barang larangan, denda tidak kurang daripada dua kali ganda nilai barang atau $40,000 (mana-mana jumlah yang lebih rendah) dan tidak melebihi daripada lima kali ganda nilai barang atau $40,000, (mana-mana jumlah yang lebih tinggi).

Jika nilai barang itu tidak dapat ditentukan, hukuman boleh dikenakan denda tidak melebihi $40,000.

Pegawai Pendakwa Kastam memohon penangguhan sementara menunggu laporan eksport daripada Bahagian Hidupan Liar, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menetapkan 17 Januari 2017 untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA