Akibat miliki, mengambil dadah

Akibat miliki, mengambil dadah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 April – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhkan hukuman tiga tahun dan sebulan penjara ke atas seorang lelaki tempatan selepas dia mengaku bersalah mengambil dadah dan memiliki peralatannya, pada tahun 2014.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Ali bin Haji Taha, 47, dan memerintahkan hukuman dijalankan serta merta.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mengambil dadah Methylamphetamine pada 10 September 2014.

mahkamah

Defendan juga berdepan dakwaan memiliki peralatan untuk mengambil dadah pada 9 September 2014 dalam sebuah kereta di kawasan letak kereta di flat Beribi. Pegawai Pendakwa Narkotik, Norizanullah binti Haji Awang Jaya memberitahu mahkamah, sampel air kencing dan peralatan yang telah dirampas daripada defendan ketika itu setelah dianalisis didapati mengandungi MethYlamphetamine.

ARTIKEL YANG SAMA