Akibat miliki peralatan, mengambil dadah

Akibat miliki peralatan, mengambil dadah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Mahkamah Majistret, semalam, menetapkan 23 Januari 2016 untuk perbicaraan seorang lelaki tempatan yang mengaku tidak bersalah pada Khamis lalu atas dua tuduhan memiliki 5.0436 gram Methylamphetamine untuk tujuan mengedar dan memiliki peralatan mengambil dadah di kawasan Pejabat Pos Mata-Mata pada 23 Mei 2013.

Royzaily bin Kasni, bagaimanapun hanya mengaku bersalah untuk lima tuduhan iaitu memiliki 0.2752 gram Methylamphetamine dan mengambilnya pada 24 November 2012 di Kampung Perpindahan Mata-Mata, mengambil dadah pada 23 Mei 2013 dan memiliki peralatan dan mengambil dadah di depan kedai runcit di Kampung Belais, Temburong pada 30 Julai 2014.

pg06_160111_mahkamah logo2

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman mengarahkan tertuduh untuk terus ditahan reman di Penjara Jerudong sehingga tarikh perbicaraannya.

Sementara hukuman bagi pengakuan bersalah tertuduh bagi lima pertuduhan akan dijatuhkan selepas perbicaraan nanti.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Narkotik, Sofimah binti Ramle.

ARTIKEL YANG SAMA