Akibat rasuah anak damit maut

Akibat rasuah anak damit maut

NEW DELHI, 11 Ogos – Sebuah keluarga India hari ini mendakwa anak damit mereka yang berusia 10 bulan meninggal dunia selepas rawatan ditangguhkan kerana kakitangan di sebuah hospital kerajaan meminta rasuah.

Sumita dan Shiv Dutt berkata mereka membawa anak lelaki mereka yang sakit ke hospital pada malam Ahad di negeri Uttar Pradesh, di mana seorang jururawat menuntut bayaran sebagai tukaran menghantar dokumen mereka.

Seorang pembersih dilaporkan juga meminta rasuah untuk mengatur sebuah katil untuk budak itu di hospital Bahraich, yang dikatakan oleh keluarga di televisyen India bahawa mereka tidak mempunyai pilihan kecuali membayar wang tersebut.

Sumita Dutt mendakwa seorang pegawai perubatan meminta wang dua hari kemudian untuk memberikan suntikan, namun dia telah kehabisan wang, sekali gus membawa kepada pertengkaran dan penangguhan dalam kanak-kanak itu untuk menerima rawatan.

“Saya memintanya memberikan saya sedikit masa, berjanji akan memberinya jumlah yang dimintanya,” beritahu ibu itu kepada rangkaian berita NDTV, mendukung anaknya yang telah meninggal dunia di bandar Bahraich.

Bapa budak itu menuduh kakitangan meminta rasuah pada hampir setiap prosedur.

“Tidak ada kekurangan pengambil rasuah di sini. Kami menjadi tidak keruan,” katanya, tanpa menyatakan jumlah yang dibayarnya dalam rasuah.

Hospital Bahraich berkata ia sedang melancarkan siasatan dalam dakwaan tersebut, namun menafikan sebarang penangguhan dalam merawat anak damit berkenaan. Masih tidak diketahui punca kematian anak damit itu. “Tidak ada penangguhan dalam pemberian antibiotik kepada kanak-kanak itu. Kami memberikan dos pada pagi dan petang, setiap hari,” kata OP Pandey, seorang doktor senior, menambah pembersih telah dipecat dan jururawat dipindah ke jabatan lain. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA