Akibat rasuah dipenjara 18 bulan

Akibat rasuah dipenjara 18 bulan

pg10_161012_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Seorang lelaki warga Bangladesh telah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas kesalahan rasuah.

Ketua Majistret Muhammad Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Diraja Dato Seri Pahlawan Haji Kefli menjatuhkan hukuman itu atas Zakir Jamar Amir setelah disabit bersalah di bawah Seksyen 6(b) Akta Pencegahan Rasuah (Bab 131) dengan berkuat kuasa dari tarikh tahanan reman pada 17 Oktober 2015 dan mengarahkan wang rasuah diserahkan kepada kerajaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Biro Mencegah Rasuah, siasatan mereka mendedahkan bahawa pada 13 Oktober 2015, tertuduh telah memberi rasuah sebanyak $20 kepada seorang pegawai polis berpangkat Lans Koperal yang ditempatkan di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Wang berkenaan adalah sebagai ganjaran kepada pegawai polis berkenaan supaya tidak mengambil tindakan ke atas tertuduh yang meletakkan kenderaannya di kawasan yang bukan dikhaskan di lapangan terbang berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA