Akibat rokok denda $4,000

Akibat rokok denda $4,000

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Seorang pelajar tempatan berusia 21 tahun dikenakan denda $4,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, selepas mengaku bersalah kerana tidak membayar cukai berjumlah $490 untuk 10 karton rokok yang dimilikinya. Muhd Nazmi bin Yusup berdepan dengan pertuduhan memiliki rokok-rokok itu pada 3 September 2015 sekitar jam 8:35 pagi ketika pemeriksaan dijalankan oleh pegawai kastam di Pos Kawalan Kuala Lurah.

Rokok-rokok itu ditemui disembunyikan di alas tempat duduk penumpang belakang.

pg06_151001_mahkamah logo2

Defendan mengaku rokok-rokok itu miliknya dan juga abangnya yang dibelinya di Limbang pada harga $50.

Majistret Kanan, Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Awang Badaruddin memberi tempoh sehingga 30 Disember 2015 kepada defendan untuk membayar denda, dan jika gagal, dia akan berdepan empat bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA