Akibat seludup manusia

Akibat seludup manusia

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_150914_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun empat bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Perantaraan di sini, semalam, atas pertuduhan penyeludupan manusia.

Hakim Pengiran Hajah Hanani binti Pengiran Haji Metussain memutuskan hukuman itu ke atas Ali Rahman bin Haji Daud, 46, yang mengaku bersalah menyeludup dua orang lelaki warga Bangladesh keluar dari Brunei Darussalam melalui Pos Kawalan Sungai Tujoh pada 12 Mei 2015.

Kertas pertuduhan menyebut, tertuduh bertemu Mohd Zakir Hossain, 28, dan Jamal Hossain, 29, di terminal bas di ibu negara pada 12 Mei di mana kedua-duanya telah membayar tertuduh $500 untuk membawa mereka ke Miri.

Tertuduh mengarahkan kedua-dua warga Bangladesh itu bersembunyi di ruang letak kaki tempat duduk penumpang belakang dan di belakang tempat duduk penumpang belakang untuk mengelak daripada ditemui pegawai imigresen yang bertugas.

Ketika di kaunter kastam, tertuduh ditanya sama ada dia ada membawa apa-apa di dalam keretanya yang mana tertuduh menjawab “tidak ada” namun pegawai kastam terus membuat pemeriksaan dan menemui kedua-dua lelaki tersebut.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hajah Suriana binti Haji Radin.

ARTIKEL YANG SAMA