Akibat tinggal melebihi tempoh

Akibat tinggal melebihi tempoh

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan tinggal di Brunei Darussalam melebihi tempoh yang dibenarkan.

Narin Narulan, 47, menghadapi pertuduhan terus tinggal di negara ini tanpa suatu sebab yang munasabah selepas pas melawatnya mansuh pada 2012.

Dia didakwa tinggal di negara ini, dari 15 Januari 2012 sehingga 17 Mei 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Imigresen (Penggal 17) dan dihukum mengikut Seksyen 15(2) yang sama.

pg06_160519_mahkamah logo2

Hukuman bagi kesalahan tinggal melebihi 90 hari di negara ini adalah penjara untuk tempoh tidak kurang dari tiga bulan dan tidak melebihi dari dua tahun, dan tidak kurang daripada tiga kali sebatan.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menetapkan 23 Mei untuk kes disebut semula dan memerintahkan defendan ditahan reman untuk siasatan.

ARTIKEL YANG SAMA