Akihito lawat pusara tentera Jepun

Akihito lawat pusara tentera Jepun

CALIRAYA, Filipina, 29 Jan – Maharaja Jepun, Akihito meletakkan bunga di pusara tentera Jepun yang terbunuh ketika pendudukan negara Asia Tenggara semasa Perang Dunia Kedua Jepun, yang dibina di Filipina.

Monarki berusia 82 tahun itu bersama isterinya, Maharani Michiko, menundukkan kepala dua kali semasa meletakkan jambangan bunga putih di sebuah meja di hadapan pusara yang terletak di tasik bandar Caliraya kira-kira tiga jam memandu dari Manila.

Acara selama setengah jam itu disiarkan dalam televisyen secara langsung di Jepun oleh penyiaran awam NHK, pasangan empayar itu bercakap dan berjabat tangan dengan bekas tentera Jepun serta saudara mara komrad mereka yang terkorban di Filipina.

“Anda telah menjalani kehidupan yang getir,” kata Michiko kepada salah seorang askar yang hadir pada majlis itu.

Akihito, sementara itu, turut memberitahu yang lain, “Jaga diri anda, sentiasa sihat selalu.”

Maharaja Akihito dan Maharani Michiko berjalan di hadapan saudara mara tentera Jepun yang bertempur semasa Perang Dunia Kedua di Cavinti, Laguna, selatan Manila pada 29 Januari. – Reuters
Maharaja Akihito dan Maharani Michiko berjalan di hadapan saudara mara tentera Jepun yang bertempur semasa Perang Dunia Kedua di Cavinti, Laguna, selatan Manila pada 29 Januari. – Reuters

Pasangan diraja itu menyimpulkan lawatan lima hari di Filipina untuk meraikan hubungan diplomatik 60 tahun serta untuk memberi penghormatan kepada mereka yang terkorban semasa pendudukan Jepun.

Akihito telah memberi penghormatan kepada askar Jepun dan bukan Jepun yang meninggal dunia dalam Perang Dunia Kedua, satu batu uji bagi pemerintahannya selama hampir tiga dekad – dikenali sebagai Heisei, atau ‘mencapai keamanan’ – dan kini di saat-saat akhirnya.

Beliau sebelumnya turut mengadakan kunjungan ke tapak pertempuran Pasifik tempat tentera Jepun dan orang awam yang berjuang bermati-matian demi ayahnya, Hirohito. – AFP