AKSE Bersatu raih tiga mata penuh

AKSE Bersatu raih tiga mata penuh

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – AKSE Bersatu meraih tiga mata penuh dalam aksi Kumpulan C Liga Bola Sepak Daerah Brunei & Muara 2015 apabila berjaya mengalahkan Plan Batu FC dengan jaringan 2-0.

Dua jaringan AKSE Bersatu berkenaan telah dihasilkan oleh Mohd Husaini bin Mohd Salleh dan Mohd Amirul Azrin bin Haji Awang Nuar.

Manakala dalam aksi Kumpulan B di Kompleks Sukan Menglait, Savilla FC bernasib baik meraih tiga mata penuh apabila mendapat gol dari sepakan penalti Saifuny bin Haji Sawal pada masa kecederaan, minit ke-90+1 untuk mencatat kemenangan 1-0 ke atas Sewira FC.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan B di Kompleks Sukan Sungai Kebun, Al-Idrus Junior mencatat kemenangan 3-1 ke atas TelBru FT.

Sementara perlawanan dalam Kumpulan C antara DSP United dengan Bebuloh FC di Padang Polo Jerudong telah dihentikan pada minit ke-53 akibat cuaca hujan lebat yang menyebabkan padang dipenuhi air.

AKSE Bersatu mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Plan Batu FC dalam aksi Kumplan C Liga Bola Sepak Daerah Brunei & Muara 2015.
AKSE Bersatu mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Plan Batu FC dalam aksi Kumplan C Liga Bola Sepak Daerah Brunei & Muara 2015.

Pada ketika perlawanan dihentikan, DSP United sedang mendahului perlawanan dengan jaringan 2-0 hasil jaringan Wan Firdaus bin Haji Hamidon pada minit ke-32 dan ke-39.

Selepas menangguhkan perlawanan selama 30 minit, pengadil perlawanan, Haji Rozyman Aidit telah mengambil keputusan bahawa perlawanan adalah dibatalkan dan akan dijalankan pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian oleh pihak penganjur. – Hasrulraizan

ARTIKEL YANG SAMA