AKSE Management juara perlawanan amal

AKSE Management juara perlawanan amal

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Persatuan Angkatan Kampong Setia (AKSE) Management menjulang Piala Rebutan Perlawanan Amal Bolasepk 3-Penjuru AKSE I tahun ini selepas berjaya menewaskan AKSE Veteran dan AKSE Junior.

Pada kejohanan di padang Kompleks Sukan Sungai Kebun, AKSE Management berjaya menundukkan AKSE Junior dengan jaringan 2-1 dan kemudiannya menewaskan AKSE Veteran dengan jaringan 3-2.

Perlawanan terakhir kejohanan di antara AKSE Veteran dengan AKSE Junior pula menyaksikan AKSE Junior menang tipis 1-0 untuk muncul sebagai naib juara.

Menyaksikan kejohanan yang bermula pada 5 Jun dan berakhir pada 13 Jun berkenaan dan kemudiannya berkesudian untuk menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Profesor Madya Dr Awang Haji Asbol bin Haji Mail.

Profesor Madya Dr Awang Haji Asbol menyampaikan Piala Rebutan AKSE Management.
Profesor Madya Dr Awang Haji Asbol menyampaikan Piala Rebutan AKSE Management.

Walaupun perlawanan terakhir kejohanan di antara AKSE Veteran dengan AKSE Junior berlangsung semasa hujan lebat, majlis penutupan rasmi kejohanan tetap berlangsung meriah.

Kejohanan yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh AKSE ini bertujuan untuk menjalin dan memperkukuhkan ikatan silaturrahim di kalangan ahli dan pemain AKSE, maka bersesuaian dengan kejayaan penganjuran kali ini, AKSE merancang untuk mengadakannya lagi tahun depan.

ARTIKEL YANG SAMA