Aksi akhir Liga Juara-Juara 2018 di Kiev

Aksi akhir Liga Juara-Juara 2018 di Kiev

KIEV, 15 Sept – Persekutuan Bola Sepak Ukraine mengmumkan bahawa Stadium Olimpik Kiev akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2018, hari ini.

Stadium yang memuatkan 70,000 tempat duduk yang pernah menjadi tuan rumah perlawanan akhir Kejohanan Eropah 2012 itu diumumkan secara rasmi selepas pertemuan membabitkan pegawai Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Namun Ketua Persekutuan Bola Sepak Ukraine, Andriy Pavelko mengumumkan khabar gembira itu menerusi laman web rasmi persekutuan terbabit.

“Keputusan bersejarah untuk Ukraine sudah dimeterai di Athens,” kata Pavelko. – AP

ARTIKEL YANG SAMA