Aksi Aubameyang menyerlah

Aksi Aubameyang menyerlah

BERLIN, 1 Dis (AFP) – Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan dua gol sekali gus meletakkan kembali Borussia Dortmund ke landasan kemenangan menerusi kejayaan membenam VfB Stuttgart 4-1 walaupun bermain tanpa kapten Mats Hummels.

Penyerang Gabon Aubameyang mengukuhkan status selaku penjaring terbanyak Bundesliga menerusi jaringan ke-16 dan 17 sepanjang 14 aksi musim ini selepas Gonzalo Castro memberikan pendahuluan buat Borussia pada awal permainan.

Daniel Didavi merapatkan kedudukan buat Stuttgart pada hujung babak pertama.

Namun gol sendiri Georg Niedermeier menjadikan pelawat ketinggalan 1-3 sebelum Aubameyang meledak gol keempat dan juga keduanya pada perlawanan itu.

“Kami berdepan lawan yang sukar untuk ditangani,” kata jurulatih Dortmund Thomas Tuchel.

“Kami tidak bermain baik di babak pertama tapi kami bangkit pada babak kedua.

“Kami menghalang mereka daripada menjaringkan gol dan kami boleh menang dengan lebih banyak jaringan. Bagaimanapun, kami tetap puas hati.”

ARTIKEL YANG SAMA