Aksi bola sepak veteran semakin rancak

Aksi bola sepak veteran semakin rancak

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mei – Sebanyak lima perlawanan telah berlangsung bagi merebut Piala Presiden DST Persatuan Bola Sepak Veteran di beberapa lokasi di seluruh negara.

Muara Spurs menang ke atas Pasukan MOD dengan jaringan 4–3 di Kompleks Sukan Sungai Kebun, jaringan Pasukan Muara Spurs dijaringkan oleh Nordin Haji Mohammad yang berjaya melengkapkan hatriknya dan satu gol lagi oleh Juli tahir.

Sementara itu, jaringan MOD pula disempurnakan oleh Azamanuddin Haji Gilen, Japarudin Haji Mohamad dan Haji Mohd Subhi Haji bakir.

Sementara itu, Pasukan I Team pula terpaksa akur dengan kekalahan 1–3 di tangan Wasabi 16 yang menyaksikan Ismail Mahmud, Dullah Haji Juma dan Isra Herwandee masing-masing menjaringkan gol bagi pihak Wasabi dan jaringan tunggal I team disumbangkan oleh Mohamad Saidi Tudin.

Pasukan IKLS veteran bergambar ramai sebelum perlawanan bermula.
Pasukan IKLS veteran bergambar ramai sebelum perlawanan bermula.

Semalam pula berlangsung tiga lagi perlawanan antaranya Pasukan MBS Utd FC yang tewas di tangan IKLS Veteran dengan jaringan 2–4, jaringan MBS dibuat oleh Azizee Timbang dan Mohd Azri Mohd Taib sementara jaringan IKLS disumbangkan oleh Mohd Sapri Haji salleh, Haji Mohd Ali Kaliman, Azamain Haji Masri dan Hamdani Haji Mohin.

Perlawanan kedua semalam menaksikan Pasukan NJP J4F FT dibelasah Kilugus FC dengan jaringan 6–0 dan antara penjaring Kilugus adalah Haji Ismail Durahman, Mohd Ali Elda Haji matali.

KB Warriors pula terikat 3–3 dengan Pasukan AKSE Bersatu dan jaringan di pihak KB Warriors dijaringkan oleh Haji Affandi Haji Jualihi, Haji Mohd Bahrin Haji Sahari, Hasnal Haji Sulaiman.

Sementara AKSE pula menampilkan jaringan oleh Haji Morsidi Haji Jais yang membenam harapan KB Warriors untuk pulang dengan tiga mata penuh.

ARTIKEL YANG SAMA