Aksi De Gea nafi peluang Ukraine

Aksi De Gea nafi peluang Ukraine

KIEV, 13 Okt – Sepanyol menamatkan harapan Ukraine untuk layak secara automatik Euro 2016 apabila jaringan tunggal Mario Gaspar pada aksi sulungnya di peringkat antarabangsa membawa kemenangan 1-0, semalam.

Cesc Fabregas pula gagal menyudahkan tendangan penalti untuk cap ke-100 bersama Sepanyol, namun harus berterima kasih dengan kecemerlangan penjaga gol, Davis de Gea untuk membawa pasukan itu layak kali kelapan berturut-turut.

Dalam Kumpulan C yang sama, Slovakia menang 4-2 ke atas Luxembourg untuk berada di tangga kedua di belakang Sepanyol, sekali gus memastikan layak ke Perancis tahun depan.

Pemain Ukraine, Yevhen Konoplyanka (kiri) bersaing dengan pemain Sepanyol, Mario Gaspar Perez pada kelayakan Piala Euro 2016 di Stadium Olympiysky di Kiev pada 12 Oktober 2015. – AFP
Pemain Ukraine, Yevhen Konoplyanka (kiri) bersaing dengan pemain Sepanyol, Mario Gaspar Perez pada kelayakan Piala Euro 2016 di Stadium Olympiysky di Kiev pada 12 Oktober 2015. – AFP

Ukraine berada di tangga ketiga dan ini bermakna perlu melalui dua perlawanan ‘playoff’ pada November ini bagi layak ke Perancis.

Pengendali Sepanyol, Vicente del Bosque melakukan 10 perubahan pemain kali ini selepas pasukannya menang besar 4-0 ke atas Luxembourg Jumaat lalu.

Ukraine pula dihadiahkan banyak peluang untuk mengubah kedudukan permainan ekoran kurangnya pengalaman di barisan pertahanan Sepanyol, namun aksi De Gea menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya yang nyaris membolosi gawang. – AFP