Aksi getir pasukan tercorot EPL

Aksi getir pasukan tercorot EPL

LONDON, 16 Mac (Agensi) – Sunderland meletakkan sasaran untuk mara bagi menyelamatkan kedudukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menentang Newcastle United pada hujung minggu ini dan mereka kelihatan bersedia untuk itu.

Skuad The Black Cats kini di kedudukan ke-17 liga hasil himpunan 25 mata dan hanya dibezakan jaringan gol dengan Norwich City yang menduduki tempat ke-18.

Pengurus Sunderland, Sam Allardyce dilihat mahu mengambil peluang menewaskan Newcastle yang sedang membiasakan diri dengan pengurus baru, Rafa Benitez.

Dan biarpun perlawanan hanya berlangsung Ahad ini, pemain Sunderland kelihatan bersungguh-sungguh berusaha keras sebelum perlawanan penting itu. Keputusan pada hujung minggu ini adalah penting, menurut penyerang, Fabio Borini.

Sam Allardyce (kiri) meletakkan sasaran untuk mara menyelamatkan pasukannya dalam kedudukan di EPL apabila menentang Newcastle United nanti. – Reuters
Sam Allardyce (kiri) meletakkan sasaran untuk mara menyelamatkan pasukannya dalam kedudukan di EPL apabila menentang Newcastle United nanti. – Reuters

“Ia mungkin (perlawanan terbesar dalam beberapa tahun ini) kerana kedudukan kedua-dua pasukan,” katanya.

“Adanya perbezaan mata antara empat pasukan tercorot dan pasukan lain juga.

“Jadi ini menjadikan ia lebih penting, kerana kami faham perbezaan mata semakin besar dan setiap minggu perlawanan akan semakin berkurangan hingga ke akhirnya.”

“Ia menjadi semakin sukar untuk mengejar pasukan lain tetapi perlawanan penting minggu ini bukan menjadi penentu kerana ada lapan perlawanan lagi selepas ini tetapi ia boleh menjadikan dorongan dan bantuan besar buat kami.”

ARTIKEL YANG SAMA