Aksi hebat Lukaku bantu Everton

Aksi hebat Lukaku bantu Everton

LONDON, 1 Jan (Reuters) – Pengurus Everton, Roberto Martinez, menyifatkan jumlah jaringan Romelu Lukaku sebagai antara aspek positif buat Everton pada 2015.

Pemain kelahiran Belgium yang sudah menjaringkan 15 gol dalam saingan liga itu kini menjadi penjaring terbanyak liga selepas memperoleh dua gol ketika Everton tewas 3-4 di tangan Stoke, Isnin lalu.

“Dia mengalami permulaan musim yang agak sukar selepas Piala Dunia. Dia bergelut dengan masalah kecergasan tetapi kami tahu dia ialah pemain yang mahu berkembang sehingga sejauh ini.

“Dia adalah pemain yang boleh berlari dengan bola berada di kaki dan memiliki sentuhan penyudah mengagumkan menggunakan kedua-dua kakinya. Dia tegap dan persembahannya meningkat permainan demi permainan.

Romelu Lukaku ketika menjaringkan gol kedua buat Everton pada perlawanan menentang Stoke City baru-baru ini. – Reuters
Romelu Lukaku ketika menjaringkan gol kedua buat Everton pada perlawanan menentang Stoke City baru-baru ini. – Reuters

“Dia menunjukkan persembahan yang cemerlang jadi kami jangka dia mampu menghasilkan persembahan yang berterusan cemerlang pada tahun depan. Itu sasaran kami,” kata Martinez.

Menurut laman web rasmi pasukan terbabit, Lukaku menamatkan 2015 dengan 31 gol- terbanyak dalam setahun selepas Bob Latchford melakukannya pada 1977 dengan 57 gol.

“Anda lihat peluang yang diterima olehnya pada setiap perlawanan membuktikan persefahaman yang baik antara dirinya dengan rakan sepasukannya yang sering kali memberi ancaman pada pasukan lawan,” katanya.