Aksi Immobile bantu Torino belasah Fronisone

Aksi Immobile bantu Torino belasah Fronisone

MILAN, 17 Jan – Penyerang pinjaman daripada Borussia Dortmund, Ciro Immobile, meledak menerusi penalti dan merencanakan gerakan untuk dua gol Andrea Belotti bagi membolehkan Torino menundukkan Fronisone, 4-2 dalam aksi menghiburkan, semalam.

Immobile melahirkan rasa terujanya untuk kembali ke kelab terbabit selama enam bulan menerusi pinjaman dan mempamerkan aksi cemerlang bagi membantu bekas kelabnya yang ditinggalkannya sebelum berhijrah ke Dortmund pada 2014.

Torino memperoleh penalti pada minit kesembilan selepas Davide Bertoncini menjatuhkan pertahanannya, Kamil Glik dan meskipun sepakan penalti terpaksa diambil dua kali, namun Immobile kekal tenang menyempurnakannya untuk gol pendahuluan Torino.

Fronisone yang menduduki zon penyingkiran menyamakakan kedudukan pada minit ke-33 hasil tandukan Paolo Sammarco yang menerima hantaran Daniel Pavlovic namun kedudukan 1-1 tidak kekal lama selepas Belotti menjaringkan gol kedua Torino dan menambah gol keduanya empat minit sebelum tamat separuh masa pertama menjadikan kedudukan 3-1.

Meskipun jaringan sendiri Danilo Avelar pada minit ke-73 mengurangkan defisit gol kepada 3-2, namun jaringan Marco Benassi mengesahkan tiga mata buat Torino pada minit ke-82. Torini melonjak ke tangga ke-11 liga dan ketinggalan 16 mata dengan pendahulu liga, Napoli. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA