Aksi, kemeriahan persembahan ABDB kagumkan penonton

Aksi, kemeriahan persembahan ABDB kagumkan penonton

Oleh Imelda Farrah Zohre HA dan Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani & Sim Y.H

 

TUTONG, 31 Mei – Persembahan ‘Generasi ABDB Berwawasan’ menggegarkan Padang Kawad, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sehingga menarik perhatian orang ramai dalam Sambutan Ulang Tahun ke-54 ABDB di sini hari ini.

Kemeriahan bermula dengan persembahan gabungan pancaragam ABDB terdiri daripada Pancaragam Tentera Laut Diraja Brunei dan Pasukan Serunai dan Tambur Tentera Darat Diraja Brunei.

Mengagumkan lagi penonton ialah enam penerjun Skuadron Terjun Pembekal Udara Taktikal Tentera Udara Diraja Brunei (PAPDU) yang membawa turun bendera Negara Brunei Darussalam dan bendera-bendera ABDB dari udara. Manakala 32 anggota Pasukan Kawad Senyap dan Tepat berarak diiringi alunan muzik pancaragam gabungan Pasukan Serunai dan Tambur Tentera Darat Diraja Brunei.

Aksi-aksi mendebarkan dalam demonstrasi mempertahankan diri dalam persembahan Unit Polis Tentera ABDB menyusul kawad, dengan aksi bertarung di medan perang manakala pasukan dari Pusat Optima Kecergasan juga mengagumkan penonton dengan persembahan seperti terjunan menerusi gegelung api.

pg12_150601_e

Penerjun PAPDU membawa turun bendera negara.
Penerjun PAPDU membawa turun bendera negara.
Demonstrasi pertahanan diri daripada Unit Polis Tentera ABDB.
Demonstrasi pertahanan diri daripada Unit Polis Tentera ABDB.
Serangan Platun Olok-olok yang mendebarkan.
Serangan Platun Olok-olok yang mendebarkan.

pg12_150601_c

pg12_150601_h

pg12_150601_d

pg12_150601_j

Persembahan gabungan pancaragam memeriahkan lagi suasana.
Persembahan gabungan pancaragam memeriahkan lagi suasana.

pg12_150601_i

pg12_150601_g

pg12_150601_k

Unit K9 Pasukan Simpanan Gurkha turut tidak ketinggalan menunjukkan kepintaran dua ekor anjing yang mengesan pelbagai kesalahan.

Acara kemuncak persembahan adalah serangan Platun Olok-olok melibatkan Platun Gerak Khas Tentera Darat Diraja Brunei, penggunaan pesawat helikopter jenis Blackhawk S70i dari Skuadron 1 Tentera Udara Diraja Brunei dan Unit K0 Pasukan Simpanan Gurkha.

Ia berakhir dengan nyanyian patriotik Pahlawan Bangsaku oleh gabungan seluruh anggota terlibat dalam persembahan diiringi dengan muzik pasukan Pancaragam ABDB.

ARTIKEL YANG SAMA