Aksi Khairy dalam Kejohanan Polo tarik perhatian

Aksi Khairy dalam Kejohanan Polo tarik perhatian

PUTRAJAYA, 12 Okt – Aksi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam Kejohanan Polo Terbuka Malaysia 2016 hari ini menarik perhatian para peminat sukan polo di Kelab Equestrian Putrajaya.

Khairy merupakan seorang daripada empat pemain dalam pasukan Jogo yang menewaskan pasukan Amax Polo 8-4. Ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan, Khairy menyifatkan perlawanan berkenaan sebagai sengit namun berpuas hati dengan corak permainan memandangkan ia merupakan kali pertama keempat-empat pemain pasukan Jogo beraksi sebagai satu pasukan.

“Selepas Kejohanan Polo Terbuka Malaysia 2016, ada tiga atau empat kejohanan lagi sebelum Sukan SEA 2017 berlangsung. “Tujuh daripada 12 pemain yang beraksi dalam Kejohanan Polo Terbuka Malaysia ini merupakan pemain yang disenarai pendek untuk Sukan SEA 2017,” katanya.

Khairy merupakan pemain yang berada dalam senarai pendek skuad polo berpasukan negara bagi Sukan SEA 2017. – Bernama

Aksi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang mewakili pasukan Jogo Polo ketika menyertai Kejohanan Polo Terbuka Malaysia 2016 menentang pasukan Amax Polo di Taman Ekuestrian Putrajaya, kelmarin. – Bernama