Aksi Kyrgios mungkin terjejas

Aksi Kyrgios mungkin terjejas

MELBOURNE, 13 Jan (AFP) – Hasrat Nick Krygios untuk menyertai Terbuka Australia minggu depan mungkin terpadam selepas dia terpaksa menamatkan kempennya di Kooyong Classic lebih awal apabila mengalami kecederaan pada kaki kanannya, sebentar tadi.

Pemain Australia berusia 20 tahun itu memberi kemenangan percuma kepada David Goffin selepas dia terpaksa menarik diri pada kedudukan 6-7 (5/7), 3-2 yang memihak kepada pemain Belgium itu.

“Saya sudah merasakan kesakitannya pada sesi latihan semalam dan kesakitan itu datang berulang kali meskipun ketika saya tidak beraksi. “Saya perlu memikirkan mengenai kejohanan Terbuka Australia minggu depan. Saya tidak suka melakukan sedemikian (menarik diri) tetapi saya terpaksa,” katanya.

Pemain di ranking dunia ke-30 itu beraksi cemerlang dengan 15 ‘ace’, termasuk empat pada servis permainan terakhirnya di set kedua.

“Keputusan yang berat untuk menarik diri, jadi maaf kepada semua @KooyongClassic kerana saya mahu pastikan semuanya berada dalam keadaan yang baik untuk minggu depan,” katanya menerusi laman sosial Twitternya.

Bintang bermasalah dari Australia mungkin tidak beraksi pada Terbuka Australia apabila mengalami kecederaan di Kooyong Classic. – Reuters
Bintang bermasalah dari Australia mungkin tidak beraksi pada Terbuka Australia apabila mengalami kecederaan di Kooyong Classic. – Reuters

Goffin bukan sahaja menentang pemain yang cedera tetapi turut berhadapan masalah angin yang menjejaskan rentak permainannya.

“Saya memahami kerisauan Nick dan kecederaan yang dialaminya. Dia seorang lawan yang bagus,” katanya.

Terdahulu, pemain Sepanyol, Pablo Carreno-Busta, tidak berdepan masalah menewaskan finalis Terbuka Australia 2006, Marocs Baghdatis dengan keputusan 6-4, 6-4. “Saya berjaya memenangi perlawanan itu jadi saya sangat gembira, Saya bermain dengan baik menentang lawan yang begitu bagus.

“Saya mempelbagaikan teknik pukulan saya, jadi ianya berjaya mengelirukan lawan,” katanya.

Sementara itu, pada aksi pertunjukan, juara 2014, Kei Nishikori, menundukkan pemain muda Australia, Omar Jasika 6-1, 6-7 (3/7), 10-4.

ARTIKEL YANG SAMA