Aksi L1 tanpa penyokong luar

Aksi L1 tanpa penyokong luar

PARIS, 27 Nov (AFP) – Paris Saint-Germain akan memakai baju dengan tulisan ‘Je uis Paris’ bagi perlawanan pertama di tempat sendiri sejak serangan pengganas Sabtu lalu ketika Ligue 1 dilangsungkan tanpa penyokong pasukan pelawat bagi hujung minggu kedua berturut-turut.

Juara Perancis tiga kali itu menghadapi Troyes dalam aksi pertama di Parc des Princes sejak tiga penyerang nekad meletupkan diri di luar Stade de France 13 November lalu dengan 130 orang terbunuh dalam beberapa serangan di ibu negara Perancis.

Ia adalah kali kedua mereka memakai baju ‘Je suis Paris’ selepas perlawanan Liga Juara-Juara menentang Malmo Rabu lalu ketika mara ke pusingan 16 terakhir dengan kemenangan 5-0 ke atas pesaing Kumpulan A di Sweden.

Walaupun peminat luar, keselamatan akan dipertingkatkan dengan penonton diwajibkan untuk menunjukkan pengenalan diri dan diharamkan membawa beg ke kawasan stadiumdengan perimeter keselamatan di luar stadium Paris diperluaskan.

Langkah–langkah keselamatan yang sama juga dirancang bagi pertemuan Liga Europa antara Marseille dan pasukan Belanda, Groningen di Stade Velodrome pada Khamis.

Liga bola sepak Perancis (LFP) semalam mengesahkan tiga perlawanan pusingan Ligue 1 dan dua pusingan seterusnya daripada persaingan Ligue 2 akan dilangsungkan tanpa peminat pasukan luar dengan pengharaman dilanjutkan kepada Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa di Perancis pada 10 Disember.

Keputusan diambil kerana kekurangan polis dengan Perancis berada dalam keadaan darurat selepas serangan, dan persidangan perubahan iklim COP21 pula diadakan di ibu negara Perancis dari 30 November sehingga 11 Disember.

“Dengan keadaan seakrang, larangan perjalanan terhadap penyokong akan dikekalkan kerana langkah-langkah keselamatan polis pula mempunyai perkara lain yang utama berbanding mengiringi peminat,” Menteri Sukan Perancis, Thierry Braillard berkata.

Peminat yang membuat perjalanan tidak dapat menghadiri perlawanan sehingga 18-20 Disember atau hujung minggu terakhir sebelum rehat Krismas.

ARTIKEL YANG SAMA