Aksi ‘No Trump’ panaskan pertemuan Pac Man, Bradley

Aksi ‘No Trump’ panaskan pertemuan Pac Man, Bradley

LOS ANGELES, 6 April – Mereka berkata politik dan sukan seharusnya tidak pernah bercampur aduk tetapi jangan cuba menyatakannya kepada promoter veteran tinju, Bob Arum (gambar bawah).

Promoter berusia 84 tahun itu berharap untuk meningkatkan minat bagi perlawanan ulangan Manny Pacquiao menentang Tim Bradley dengan memberikan jab kepada calon presiden Republikan yang kontroversi, Donald Trump.

Digelar sebagai pertarungan “No Turmp”, ia akan memperkenalkan petinju Hispanic dalam apa yang dilihat Arum sebagai isyarat perpaduan bersama komuniti Latin.

Arum memberitahu AFP dia merasa bertanggungjawab untuk bertindak dalam menghadapi kempen retorik Trump yang mengecap pendatang Mexico sebagai “perogol” dan berikrar untuk menghantar pulang berjuta-juta pekerja tanpa dokumen.

“Saya memiliki asal-usul dalam komuniti Hispanic dan tersinggung dengan kedudukan yang diambil oleh Trump, kenyataan yang dibuatnya mengenai orang ini sebagai perogol dan seterusnya, dan menghantar pulang 11.5 juta orang,” kata Arum.

p23-2_20160407

“Saya merasa ini adalah peluang memandangkan saya memiliki kanak-kanak Hispanic untuk disatukan di atas kad. Saya mahu bercakap kepada komuniti Hispanic.

“Saya mahu menyampaikannya kepada rakyat Mexico kerana saya menyatakan ini bahawa Trump tidak bergurau. Lihatnya secara serius. Uruskan diri anda. Cara untuk menentang kedudukan ini dalam kotak undian.”

Kad pada Sabtu di Las Vegas akan memperkenalkan Gilberto Ramirez dari Mexico, yang akan menentang Arthur Abraham dari Jerman bagi merebut gelaran super middleweight WBO dan bekas petinju Olimpik Mexico, Oscar Valdez.

Peserta Olimpik AS, Jose Ramirez juga berada di atas kad, penjelmaan dari kelas pekerja imigran yang dijadikan sasaran oleh Trump.

Keluarga Ramirez berpindah dari Mexico untuk bertugas di ladang komuniti Central California dan dia sendiri bertugas di padang-padang di sekolah tinggi untuk mendapatkan wang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA