Aksi Perancis, England diteruskan

Aksi Perancis, England diteruskan

PARIS, 15 Nov (AFP) – Perlawanan persahabatan di antara England dan Perancis yang dijadualkan Selasa ini akan diteruskan walaupun kejadian serangan maut di Paris meragut lebih 120 nyawa Jumaat lalu, menurut Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF).

“Selepas perbincangan bersama FA Inggeris yang menjamin bahawa tiada risiko untuk mengadakan perlawanan, kami memutuskan untuk meneruskannya,” jurucakap persekutuan memberitahu AFP semalam.

“Jika pihak berkuasa British datang untuk menilai semula kedudukan, jelas persoalan untuk menganjurkan perlawanan atau tidak akan dinyatakan.”

Perlawanan dijadualkan bermula pada 2000GMT di Wembley Selasa ini, dan FA dengan segera menyuarakan perpaduan bersama FFF dalam keputusan untuk meneruskan perlawanan itu.

“Ucapan takziah kami kepada bandar Paris selepas kekejaman teruk ini. Bagi pihak FA, saya menyuarakan rasa sedih dan simpati kami kepada keluarga dan rakan mereka yang terbunuh,” kata pengerusi FA, Greg Dyke.

“Selepas perbincangan bersama FFF dan kerajaan British pagi ini, kami bersama–sama memutuskan perlawanan di antara kedua-dua negara di stadium Wembley pada malam Selasa depan akan diteruskan.

“Kami akan menggunakan peluang ini untuk memberikan penghormatan kami kepada semua yang terlibat dan juga menyuarakan perpaduan kami dengan rakyat Perancis.”

ARTIKEL YANG SAMA