Aksi persahabatan Bola Keranjang

Aksi persahabatan Bola Keranjang

Oleh Sim Y. H.

 

DENGAN hasrat untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim melalui kegiatan riadah, pasukan GHK Motors (biru) dan pasukan Media dan Rakan-Rakan (M&F) baru-baru ini telah mengadakan perlawanan bola keranjang persahabatan di Gelanggang Persatuan Bola Keranjang Brunei, Batu Bersurat, Gadong. Dalam perlawanan tersebut, pasukan M&F telah berjaya menewaskan pasukan GHK Motors 63-54. Menurut jurulatih pasukan M&F, Mike Wong, beliau amat kagum dengan semangat juang pemainnya namun begitu beliau percaya masih terdapat banyak ruang lagi untuk diperbaiki supaya mereka mampu mempamerkan aksi yang lebih hebat.

pg22_150904_b