Aksi persahabatan rentas lautan

Aksi persahabatan rentas lautan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Pasukan Perkhidmatan Trafik Darat Diraja Brunei akan mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan menentang pasukan Gapura Indonesia di Jakarta.

Sehubungan dengan itu pasukan yang mewakili Syarikat Penerbangan Royal Brunei (RB) bertolak ke Jakarta hari ini diketuai pengurus pasukannya Haji Suhara Faisal bin Haji Yusop.

Hadir mengucapkan selamat jalan kepada barisan pemain RB hari ini adalah Pengurus Ramp & Pax Services, Haji Ali Bahar bin Haji Sha’ari dan RB Football Convener Irman Zaini.

Menurut kenyataan RB, perlawanan persahabatan ini bertujuan untuj memperkukuhkan lagi kerjasama kedua-dua pihak selain menjadi sebahagian daripada program riadah RB bagi warga kerjanya dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Pasukan RB bergambar ramai di lapangan terbang sebelum berlepas ke Jakarta.
Pasukan RB bergambar ramai di lapangan terbang sebelum berlepas ke Jakarta.

ARTIKEL YANG SAMA