Aksi WGC Spieth hambar

Aksi WGC Spieth hambar

AKRON, AS, 7 Ogos (AFP) – Usaha Jordan Spieth untuk mengetepikan Rory McIlroy sebagai pemain nombor satu dunia bermula perlahan di Jemputan WGC Bridgestone semalam selepas pusingan pembukaan hambar dengan ketinggalan lima pukulan daripada pendahulu.

Juara Masters dan Terbuka AS itu akan mengambil tempat McIlroy dari Ireland Utara yang cedera di ranking teratas hujung minggu ini jika memenangi pertandingan itu yang menawarkan ganjaran AS$9.25 juta di Firestone Country Club.

Bagaimanapun, pemain berusia 22 tahun itu menekankan kedudukan di atas terjejas dengan par 70 yang menyaksikannya menamatkan pertandingan di bawah pendahulu Danny Lee dari New Zealand.

Spieth, yang tidak beraksi sejak Terbuka British di St. Andrews bulan lalu, menyalahkan kehambaran itu selepas menamatkan pusingan dengan dua birdie dan dua bogey tetapi yakin dia boleh mencabar pendahulu.

“Cabaran baru saja bermula,” kata Spieth. “Saya merasakan baru memulakan pusingan hari ini dengan sedikit tanpa emosi. Ia cuma persaingan tetapi adalah apa yang saya cari kerana saya belum mencapainya,” katanya.

Spieth membuat pukulan pada pusingan pertama dalam kejohanan Jemputan WGC Bridgestone Firestone Country Club South Course di Akron, Ohio semalam. – AFP
Spieth membuat pukulan pada pusingan pertama dalam kejohanan Jemputan WGC Bridgestone Firestone Country Club South Course di Akron, Ohio semalam. – AFP

Spieth menggunakan pertandingan itu sebagai persediaan Kejohanan PGA minggu depan di Whistling Straits di Wisconsin, di mana dia akan memburu pertandingan Utama ketiga musim ini.

Lee kelahiran Korea, sementara itu mendapatkan kedudukan pendahulu selepas mencatatkan putt untuk membuat 65 pukulan. Membuat pukulan dengan sembilan, Lee memulakan dengan dua birdie di lubang ke-10 dan 11 sebelum melepaskan pukulan di lubang ke-12 dengan satu bogey selepas pukulannya berada di sudut kiri green.

Bagaimanapun, Lee kembali bangkit pada lubang ke-13 dengan menghasilkan 47-foot putt untuk kembali dengan dua bawah selepas empat lubang.

Satu bogey dengan par tiga lubang ke-15 adalah seimbang dengan satu lagi birdie di lubang ke-16, apabila pukulan ke green meninggalkannya dengan dua foot putt.