Aktivis alam sekitar ditembak mati

Aktivis alam sekitar ditembak mati

TEGUCIGALPA, 4 Mac (AFP) – Aktivis asli Honduras, Berta Caceres, pencinta alam sekitar yang pernah memenangi anugerah, ditembak mati di rumahnya semalam, menurut keluarganya dengan melabelkan kematiannya sebagai pembunuhan.

Caceres pernah memenangi anugerah Goldman Prize 2015, yang dianggap anugerah tertinggi dunia bagi aktivisme persekitaran akar umbi, kerana mengetuai orang asli Lenca dalam perjuangan menentang projek empangan hidroelektrik yang akan mengakibatkan kawasan besar tanah asal banjir dan memutuskan bekalan air kepada ratusan orang.

Ibu Caceres, Berta Flores berkata pihak polis telah mengatakan anak perempuannya telah dibunuh dalam satu rompakan, ‘tetapi kami semua tahu itu adalah kerana perjuangannya.”

Caceres, 43 tahun, ibu kepada empat orang anak yang pernah menerima ancaman mati kerana aktivismenya, telah ditembak mati pada awal-awal waktu semalam di rumahnya di bandar barat La Esperanza, Flores memberitahu rangkaian TV, Globo.

Dalam memberikan anugerah kepadanya, pertubuhan Goldman yang telah memujinya kerana melancarkan kempennya di sebalik ancaman, menulis “Pembunuhannya tidak mengejutkan rakan sekerjanya, yang telah menyimpan pujian untuknya secara lisan dan tulisan – tetapi berharap tidak pernah terpaksa menggunakannya. Di sebalik risiko ini, Caceres terus berada di khalayak ramai untuk meneruskan usahanya.”

Presiden Juan Orlando Hernandez menyifatkan pembunuhan itu ‘jenayah ke atas Honduras’ dan berikrar akan membawa penjenayah-penjenayah ke muka pengadilan, sementara setiausaha agung Pertubuhan Negeri-Negeri Amerika, Luis Almagro menyelar jenayah itu sebagai ‘dahsyat’.

ARTIKEL YANG SAMA