Aktivis Britain didakwa di Thailand

Aktivis Britain didakwa di Thailand

BANGKOK, 20 Sept – Seorang aktivis Britain didapati bersalah memfitnah dan mencabul undang-undang komputer yang ketat di Thailand dan diberikan hukuman penjara digantung tiga tahun, kata peguamnya hari ini, mengenai satu laporan penyalahgunaan pekerja dalam sektor buah-buahan yang menguntungkan di negara itu.

Andy Hall, yang tinggal di Thailand, telah menghadapi beberapa siri tindakan guaman kerana menulis bersama satu laporan 2013 mengenai sebuah kilang Natural Fruit di selatan negara, mendakwa keadaan kerja yang teruk, gaji rendah dan pekerja kanak-kanak.

Natural Fruit, pembekal utama kepada pasaran minuman Eropah, mengemukakan tindakan tersebut ke atas Hall.

Aktivis itu “didapati bersalah memfitnah dan di bawah akta jenayah komputer, mahkamah menjatuhi hukuman penjara empat tahun ke atasnya, dikurangkan kepada tiga tahun,” beritahu peguam Nakhon Chomphuchat kepada AFP selepas keputusan keluar, menambah hukuman tersebut telah digantung.

Andy Hall (tengah) bercakap kepada media di Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok selepas keputusan itu mengumumkan kes jenayah yang dibawa terhadapnya oleh Natural Fruit Company Ltd. di Bangkok kelmarin. – AFP
Andy Hall (tengah) bercakap kepada media di Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok selepas keputusan itu mengumumkan kes jenayah yang dibawa terhadapnya oleh Natural Fruit Company Ltd. di Bangkok kelmarin. – AFP

Kumpulan hak berkata fitnah jenayah dan undang-undang menyalahgunakan komputer sering digunakan untuk menutup kerja-kerja siasatan.

Laporan itu – Cheap Has A High Price – disiarkan oleh kumpulan hak awam Finland Finnwatch.

Ia memberikan tekanan ke atas industri makanan Thailand, yang telah menghadapi dakwaan penganiayaan tenaga pekerja penghijrahnya.

Natural Fruit telah menafikan dakwaan dalam laporan dan juga telah melancarkan satu kes sivil yang berusaha mendapatkan bayaran pampasan berjumlah AS$10 juta. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA