Aktivis dilarang lawat taman, diberkas junta

Aktivis dilarang lawat taman, diberkas junta

BANGKOK, 7 Dis – Sekumpulan aktivis anti-junta dihalang dan diberkas hari ini ketika dalam perjalanan untuk melawat sebuah taman yang dicemari dengan skandal rasuah.

Gerabak kereta api yang membawa para aktivis tersebut diputuskan sambungannya dari kereta api menghala ke selatan sebelum pegawai-pegawai keselamatan memberkas sekurang-kurangnya empat aktivis di stesen kereta api, menurut laporan media .

Kumpulan aktivis merancang untuk melawat taman baru yang memaparkan tujuh patung besar sebagai penghormatan kepada raja Thai, dan menyuarakan keprihatinan mereka berhubung dakwaan rasuah dalam projek yang menelan kos hamper AS$28 juta.

Taman Rajabhakti, yang dibina oleh tentera, kini menjadi tumpuan penyiasatan rasuah berhubung ketaksekataan kos. Penyiasatan dalaman oleh tentera ke atas taman itu mendapati tiada bukti wujudnya rasuah.

Anggota keselamatan Thailand berkawal di bahagian luar Taman Rajabhakti untuk menghalang da-ripada dilawati oleh kumpulan aktivis anti-junta di Bangkok.
Anggota keselamatan Thailand berkawal di bahagian luar Taman Rajabhakti untuk menghalang da-ripada dilawati oleh kumpulan aktivis anti-junta di Bangkok.

Minggu lepas, dua pemimpin pembantah dihalang ketika dalam perjalanan ke taman berkenaan dan kemudian ditahan junta tentera.

Junta, yang berkuasa sejak Mei 2014, member amaran kepada para aktivis tidak menggunakan taman itu sebagai pentas bagi bantahan politik. Taman tersebut segera ditutup oleh tentera hari ini, hari terakhir hujung minggu panjang sempena Father’s Day di Thailand. – dpa