Aktivis gesa ‘hak salah guna kuasa’ askar India disiasat

Aktivis gesa ‘hak salah guna kuasa’ askar India disiasat

SRINAGAR, India, 10 Sept – Dua kumpulan hak asasi manusia di Kashmir India akan meminta New Delhi dan PBB untuk menyiasat lebih 1,000 kes dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh tentera selepas gagal mendapatkan keadilan di mahkamah, mereka berkata hari ini.

Pegawai tertinggi tentera dan polis adalah antara beratus-ratus yang dinamakan terlibat dengan jenayah semasa konflik berterusan, menurut laporan Tribunal Rakyat Antarabangsa dan Ibu bapa Orang Hilang dan Kashmir yang ditadbir India.

Anggota tentera bertanggungjawab bagi 1,080 pembunuhan di luar bidang kehakiman, 172 kehilangan dan beberapa kes penderaan dan serangan seksual di rantau yang dipertikaikan ini, menurut laporan bertajuk “Struktur Keganasan: Negeri India di Jammu dan Kashmir.”

Bukti kumpulan hak yang terkumpul lebih empat tahun termasuk beratus-ratus rekod pengesahan daripada saksi-saksi dan mangsa, penelitian rekod rasmi di bawah hak kepada undang-undang maklumat serta tindakan undang-undang yang panjang.

“Laporan ini akan diserahkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan kerajaan India,” kata Khurram Pervez, seorang aktivis hak asasi terkemuka yang mengambil bahagian dalam penyiasatan itu.

NGO mengatakan semua pemulihan yang diperlukan untuk sistem keadilan India tidak berkesan dan 972 penjenayah yang didakwa dikatakan pergi tanpa hukuman.

Seorang pengarang laporan dan peguam tribunal PBB untuk Rwanda, Kartik Murukutla berkata, tentera kerajaan bebas dengan mudah daripada tindakan undang-undang.

Seorang jurucakap tentera berkata, beliau tidak melihat laporan itu dan enggan mengulas, manakala kerajaan tempatan tidak memberikan respons segera. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA