Aktivis gesa junta bebaskan pelajar

Aktivis gesa junta bebaskan pelajar

BANGKOK, 15 Dis (Reuters) – Aktivis-aktivis Thailand semalam meminta bagi pembebasan seorang lelaki yang diberkas kerana mengongsi infografi di Facebook yang membutirkan dakwaan rasuah berkaitan taman yang dibina oleh pihak tentera, sambil mengatakan pegawai-pegawai keselamatan berpakaian biasa telah membawanya pergi secara paksa.

Sejak mengambil alih kuasa dalam rampasan kuasa pada Mei 2014, junta Thailand yang memerintah telah mengeluarkan arahan yang sebahagian besarnya menyekat penentang, termasuklah yang menegah perbincangan dan perdebatan politik.

Ahad lalu, seorang pelajar berusia 25 tahun, Thanet Anantawong, telah dibawa pergi dari hospital ketika dia menanti untuk menjalani pembedahan, menurut aktivis anti junta terkenal, Siriwat Serithiwat.

“Pegawai-pegawai keselamatan berpakaian biasa telah pergi ke hospital tempat Thanet menerima rawatan,” Siriwat memberitahu para pemberita di luar mahkamah jenayah di ibu negara.

“Saya mahu mahkamah membebaskan Thanet. Dia perlukan perhatian perubatan. Kami bimbangkan kesejahteraan dirinya.”

Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan berkata hari ini berkata pihak berkuasa Thailand seharusnya segera memberikan rawatan perubatan kepada Thanet.

“Junta Thailand telah mencapai peringkat baru sifat tidak berhati perut dengan membawa pergi aktivis itu dari katil hospital, dan meletakkannya dalam tahanan tentera dan tidak membenarkannya mendapat rawatan perubatan yang diperlukan,” Brad Adams, pengarah Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Asia berkata dalam satu kenyataan.

ARTIKEL YANG SAMA