Aktivis Hong Kong dihantar pulang

Aktivis Hong Kong dihantar pulang

BANGKOK, 5 Okt – Pekempen demokrasi Hong Kong Joshua Wong hari ini dihantar pulang dari Thailand, di mana beliau dijangka hadir untuk acara yang menghormati pembunuhan aktivis pelajar, tatkala penyokong menyalahkan China atas penahanan beliau.

Wong, 19 tahun, terkenal dengan peranannya dalam ‘gerakan payung’ pro-demokrasi pada tahun 2014, ditahan ketika tiba di lapangan terbang Suvarnabhumi di Bangkok lewat semalam.

Selepas pengeliruan daripada pegawai Thai berhubung tempat tinggal aktivis, parti politiknya, Demosisto, mengeluarkan satu kenyataan pada tengah hari ini mengesahkan Wong telah dibenarkan pulang ke Hong Kong dengan kapal terbang. Parti tersebut, ditubuhkan bersama oleh Wong pada tahun ini, juga berkata ia “mengecam kerajaan Thai kerana mengawal kebebasan Wong dan hak memasuki negara tanpa sebab yang kukuh.”

Spekulasi tersebar mengatakan kerajaan tentera Thailand sedang bertindak di bawah tekanan daripada kuasa besar serantau China – sekutu utama yang telah memberikan pelaburan dan sokongan diplomatik kepada junta yang kekurangan kawan antarabangsa ekoran rampasan kuasa pada 2014.

Pekempen demokrasi Hong Kong Joshua Wong (Tengah) berdiri di sebelah ahli parlimen baru dipilih Nathan Law (Kanan) apabila beliau memegang perintah pengusiran dari pihak berkuasa Thailand pada sidang media sebaik tiba di lapangan terbang antarabangsa di Hong Kong, kelmarin. - AFP
Pekempen demokrasi Hong Kong Joshua Wong (Tengah) berdiri di sebelah ahli parlimen baru dipilih Nathan Law (Kanan) apabila beliau memegang perintah pengusiran dari pihak berkuasa Thailand pada sidang media sebaik tiba di lapangan terbang antarabangsa di Hong Kong, kelmarin. – AFP

Aktivis pelajar Thai Netiwit Chotipatpaisal, yang menjemput Wong untuk bercakap di Thailand, berkata polis telah memberitahunya tentang sepucuk “surat bertulis daripada kerajaan China kepada kerajaan Thai mengenai individu ini.”

Jurucakap junta Kolonel Winthai Suvaree berkata beliau tidak sedar mengenai mana-mana permintaan formal dari Beijing, sementara seorang pegawai imigresen lapangan terbang mengesahkan terdapatnya satu ‘arahan’ untuk menahan Wong namun enggan berkata siapa yang mengeluarkannya.

Ntiwit kemudian memimpin berpuluh pelajar yang menggunakan payung – dalam sokongan terhadap pergerakan Wong di Hong Kong – dalam satu bantahan di kampus Bangkok, menjerit “Joshua Wong mempunyai hak berada di sini.”

Wong telah menjadi duri dalam daging di Beijing sejak muncul sebagai pemimpin bantahan menentang kuasa politik China. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA