Aktivis Hong Kong rebut jawatan pilihan raya

Aktivis Hong Kong rebut jawatan pilihan raya

HONG KONG, 28 Feb (AFP) – Seorang aktivis Hong Kong yang mempromosikan kemerdekaan dari China dan terlibat dalam pergaduhan jalanan baru – baru ini bersama polis bertanding bagi merebut jawatan dalam pilihan raya kecil yang menggambarkan kesilapan politik bandar raya itu.

Edward Leung, 24, salah seorang ketua dari kumpulan ‘setempat’ Peribumi Hong Kong, berusaha untuk menjadi penggubal undang –undang selepas ahli politik pro demokrasi yang terkenal meletka jawatan. Leung menentang enam calon lain bagi kerusi New Territories East di utara Hong Kong, termasuk calon dari kem pro Beijing dan pro demokrasi.

Sejak rapat besar-besaran pada 2014 meminta bagi pilihan raya kepimpinan bebas gagal untuk memenangi konsesi dari Beijing, penunjuk perasaan muda seperti Leung semakin berkhayal dengan parti pro demokrasi.

Kumpulan lebih kecil muncul di bawa pemidang ‘setempat’, menekankan bagi autonomi lebih besar dan juga kemerdekaan dari China ketika ketakutan campur tangan dari Beijing semakin meningkat. Kekecewaan mereka bertukar menjadi keganasan awal bulan ini apabila perbalahan jalanan mencederkan lebih 100 selepas penunjuk perasaan bertopeng membaling batu bata kepada polis, yang melepaskan tembakan amaran ke udara. Leung menghadapi dakwaan merusuh bagi penglibatannya.

Hong Kong adalah separuh atuonomi selepas diserahkan kembali kepada China oleh Britain pada 1997 dan kebebasannya dilindungi oleh persetujuan selama 50 tahun. Tetapi terdapat kebimbangan kebebasan tersebut berada di bawah ancaman ketika China berusaha mendapatkan kekuasaannya ke atas wilayah tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA