Aktivis Korea S lancar risalah anti-Pyongyang

Aktivis Korea S lancar risalah anti-Pyongyang

SEOUL, 21 Mac (AFP) – Aktivis Korea Selatan berkata hari ini mereka merancang melancarkan berjuta-juta risalah anti-Pyongyang di Korea Utara, satu tindakan yang mungkin menambah ketegangan di semenanjung yang terpisah itu. Aktivis konservatif, termasuk ramai pembelot Korea Utara, telahpun melancarkan kempen penyebaran risalah menggunakan belon helium besar bertahun-tahun lamanya, satu amalan yang menimbulkan kemarahan Pyongyang yang telah mengancam serangan tentera sebagai respon.

Pada Oktober 2014, pengawal sempadan Korea Utara cuba menembak jatuh satu set belon, mencetuskan kejadian tembakan di sempadan. Aktivis Park Sang-Hak berkata pelancaran yang dirancang akan diadakan pada 26 Mac di Imjingak, taman yang terletak di bandar sempadan Paju.

“Kami akan menerbangkan 10 juta risalah propaganda yang mengkritik pencabulan hak asasi manusia oleh Kim Jong-Un,” kata Park dalam satu kenyataan. Acara itu diadakan serentak dengan ulang tahun pada Sabtu penenggelaman kapal perang Korea Selatan pada 2010, dengan kehilangan 46 kelasi. Seoul menyalahkan Utara dan membeku hubungan perdagangan dan pelaburan.

Aktivis Park Sang-Hak berkata pelancaran rancangan risalah anti-Pyongyang itu akan diadakan pada 26 Mac di Imjingak, sebuah taman yang terletak di bandar sempadan Paju. – AFP
Aktivis Park Sang-Hak berkata pelancaran rancangan risalah anti-Pyongyang itu akan diadakan pada 26 Mac di Imjingak, sebuah taman yang terletak di bandar sempadan Paju. – AFP

Kerajaan Korea Selatan berkata aktivis mempunyai hak untuk menjalankan pelancaran risalah, walaupun ia telah menggunakan polis sebelum ini untuk menghalang acara sedemikian ketika ketegangan antara Korea mencapai tahap kemuncak. Ketegangan telah meningkat mendadak dalam beberapa minggu ini, dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un mengugut akan melancarkan ujian nuklear dan peluru berpandu seterusnya, sebahagiannya sebagai respon terhadap latihan tentera Korea Selatan-AS yang berterusan.

ARTIKEL YANG SAMA