Aktivis muda menang pilihan raya di Hongkong

Aktivis muda menang pilihan raya di Hongkong

HONG KONG-CHINA-DEMOCRACY-INDEPENDENCE-ELECTIONS-POLITICSHONG KONG, 3 Sept – Generasi baru ahli politik muda Hong Kong yang menyokong berpisah dari Beijing menjadi ahli-ahli undangan buat pertama kali hari ini dalam pengundian terbesar sejak perhimpunan besar-besaran pro demokrasi pada tahun 2014.

Seramai dua juta orang mengundi dalam pilihan raya undangan bandar ketika kebimbangan meningkat Beijing mengetatkan penguasaannya di bandar semi autonomi itu.

Itu adalah kehadiran pengundi paling terbesar sejak Hong Kong dikembalikan oleh Britain kepada China pada tahun 1997 dan muncul ketika ketegangan telah mencecah tahap ketinggian yang tidak pernah berlaku sebelum ini berhubung campur tangan Beijing.

Kebebasan Hong Kong dilindungi selama 50 tahun dalam perjanjian penyerahan, tetapi ramai percaya kebebasan itu menghilang.

Aktivis-aktivis muda terutamanya telah hilang rasa kepercayaan pada perjanjian ‘sebuah negara, dua sistem’ yang mana dengan perjanjian itu bandar itu ditadbir, yang memberikannya kebebasan lebih besar dari di tanah besar.

Kekecewaan itu, diburukkan lagi oleh kegagalan perhimpunan 2014 untuk mendapatkan reformasi politik, telah melahirkan yang menggesa bagi lebih banyak autonomi.

Ketika keputusan dikeluarkan, empat dari calon baru disahkan memenangi kerusi, dengan calon keempat juga menuju kemenangan. Antara mereka ialah Nathan Law (gambar), 23, ketua perhimpunan ‘Umbrella Movement’ 2014, yang menduduki tempat kedua dalam kawasan pengundiannya.

Hong Kong dibahagikan kepada lima kawasan pengundian geografi, setiapnya dengan beberapa kerusi dalam Majlis Perundangan(LegCo), badan penggubal undang-undang Hong Kong.

Law dan parti barunya menggesa bagi referendum kemerdekaan, dengan menekankan hak penduduk Hong Kong untuk memilih sama ada mereka mahu berpisah dari China. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA