Aktivis seberangi DMZ, rangsang damai

Aktivis seberangi DMZ, rangsang damai

PAJU, Korea Selatan, 24 Mei (AFP) – Sekumpulan aktivis perdamaian wanita, diketuai oleh ketua pergerakan wanita Amerika Syarikat, Gloria Steinem, melakukan penyeberangan luar biasa, iaitu menyeberangi salah sebuah sempadan paling bebas tentera (DMZ) di dunia hari ini untuk menggalakkan perdamaian antara Korea Utara dan Korea Selatan.

Tidak lama sebelum tengah hari, kumpulan seramai 30 orang aktivis itu menaiki bas melalui (DMZ) yang memisahkan kedua-dua negara Korea itu selepas beberapa hari berada di Pyongyang – keberadaan mereka di sana itu mencetuskan kritikan bahawa mereka dijadikan alat propaganda oleh pihak Korea Utara.

Kumpulan itu pada awalnya ingin menyeberangi DMZ melalui kampung “gencatan senjata” Panmunjom, tempat tentera Korea Utara dan Korea Selatan berada hanya beberapa meter jauhnya dalam pertembungan kekal Perang Dingin di sempadan itu.

Tetapi Korea Selatan membantah rancangan itu dan wanita tersebut akhirnya bersetuju dengan pilihan Seoul ‘dengan rasa kesal’ bagi penyeberangan di bahagian barat sempadan itu. Dengan tahun ini menandakan tahun ke 70 pembahagian semenanjung Korea, para wanita yang berbaris ini berharap menarik perhatian kepada perlunya perjanjian damai kekal untuk menggantikan perjanjian gencatan senjata yang menghentikan – tetapi dari segi teknikal tidak menamatkan Perang Korea 1950-1953.

Kumpulan itu yang termasuklah penerima anugerah kesusasteraan Nobel Leymah Gbowee dan Mairead Maguire, juga menekankan penyeksaan keluarga-keluarga yang terpisah yang hanya sedikit perhubungan atau langsung tidak ada perhubungan sejak pemisahan menjadi Korea Utara dan Korea Selatan.

Di sebalik kekecewaan tidak menyeberangi melalui Panmunjom, Maguire dan Gbowee berkata sebenarnya kebenaran bagi penyeberangan itu adalah satu kemenangan.

Di sebalik namanya, DMZ adalah salah sebuah sempadan yang paling dipenuhi tentera di dunia, penuh dengan menara pengawal dan periuk api, dan penyeberangan melalui sempadan darat adalah sangat jarang sekali dilakukan.

“Kami membawa tiket sehala pergi ke Pyongyang, tanpa malah mengetahui kami akan perlu terbang kembali ke Beijing,” Gbowee berkata ketika sidang media yang diadakan secara langsung melalui streaming dari sebuah bilik hotel Pyongyang semalam.

“Bukan saja kami telah menerima tuah dari penyeberangan bersejarah kami, kami telah membuatkan kedua-dua kerajaan Korea berkomunikasi. Itu adalah satu kejayaan,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA