Aktivis sekular dibunuh di Bangladesh

Aktivis sekular dibunuh di Bangladesh

DHAKA, 7 April (AFP) – Seorang pelajar undang-undang Bangladesh yang melalui halamannya di Facebook menulis yang menentang fahaman Islam telah dibunuh, menurut polis hari ini, terbaru dalam siri-siri pembunuhan aktivis-aktivis sekular dan para bloger di negara itu.

Nazimuddin Samad, seorang ateis yang telah menyertai bantahan menentang para pemimpin pejuang Islam diserang lewat semalam berhampiran universitinya di Dhaka oleh para penyerang yang tidak dikenali yang membawa parang.

“Kira-kira empat orang penyerang menetak kepala Nasimuddin Samad dengan parang malam semalam. Apabila dia terjatuh, salah seorang dari mereka menembaknya dengan pistol dari jarak dekat. Dia meninggal dunia di tempat kejadian,” timbalan pesuruhjaya Polis Metropolitan Dhaka Syed Nurul Islam memberitahu AFP.

ARTIKEL YANG SAMA