Aktivis terkenal Kashmir diberkas

Aktivis terkenal Kashmir diberkas

SRINAGAR, India, 16 Sept – Polis India berkata hari ini mereka telah memberkas seorang aktivis Kashmir yang terkenal yang pada minggu ini dihalang daripada berkunjung ke Geneva, di mana beliau dijangka memberi taklimat kepada pegawai PBB mengenai rantau itu.

Khurram Pervez ditahan lewat semalam selepas pulang ke rumahnya di Srinagar, yang telah dibelenggu oleh bantahan ganas berbulan-bulan lamanya berhubung pembunuhan seorang tentera India oleh seorang militan muda.

Superintenden polis Faisal Qayoom mengesahkan penahanan beliau tetapi tidak berkata apa dakwaannya.

“Kami sedang menyiasat. Buat masa sekarang kami telah menahan beliau,” kata beliau.

Isteri Pervez Samina memberitahu AFP polis telah datang ke rumah keluarga lewat semalam untuk menahan beliau. Beliau boleh ditahan sehingga enam bulan tanpa dakwaan di bawah Akta Keselamatan Awam India. Lebih daripada 80 orang telah terbunuh di Kashmir yang ditadbir oleh India sejak kematian pemimpin militan pada 8 Julai, dalam salah satu keganasan paling teruk sejak pemberontakan bersenjata mencecah kemuncak pada tahun 1990.

Gambar fail pada 13 September 2016 menunjukkan penunjuk perasaan Kashmir India bertembung dengan tentera kerajaan India semasa perayaan Islam Eid-ul-Adha semasa perintah berkurung di Srinagar. – AFP
Gambar fail pada 13 September 2016 menunjukkan penunjuk perasaan Kashmir India bertembung dengan tentera kerajaan India semasa perayaan Islam Eid-ul-Adha semasa perintah berkurung di Srinagar. – AFP

Kebanyakan mereka telah terbunuh dalam pertempuran di antara pembantah dan polis dan tentera separa yang telah menembak gas pemedih mata dan penabur senapang pada penunjuk perasaan.

Pihak berkuasa pada minggu ini mengharamkan solat untuk menyambut perayaan Aidiladha di masjid utama di Srinagar, ibu negeri satu-satunya negeri yang mempunyai penduduk majoriti Islam.

Internet dan rangkaian telefon bimbit juga telah diputuskan dalam usaha untuk mengelak berulangnya bantahan. – AFP