Aktiviti amal bersihkan pantai KB

Aktiviti amal bersihkan pantai KB

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 28 Ogos – Lebih 20 orang sukarelawan dari Syarikat Aker Solution Sdn Bhd berjaya mengumpul sebanyak 50 bungkusan sampah dalam aktiviti membersihkan selama sejam di sepanjang pantai kawasan belakang kuil Cina di Jalan Maulana, di sini hari ini.

Aktiviti tersebut yang telah diketuai oleh Pengurus Kontrak Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) Penyelenggaraan dan Pembinaan Reabiliti Luar Pantai (ORMC) mengumpul sampah-sarap yang didapati berselerak di kawasan pantai tersebut.

Para sukarelawan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan berjalan sambil mengutip sampah sejauh kira-kira empat kilometer.

Sukarelawan Syarikat Aker Solution Sdn Bhd yang menyertai aktiviti membersihkan kawasan pantai Kuala Belait, kelmarin.
Sukarelawan Syarikat Aker Solution Sdn Bhd yang menyertai aktiviti membersihkan kawasan pantai Kuala Belait, kelmarin.

Aktiviti itu antara lain bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya membuang sampah di tempat-tempat yang telah ditetapkan, selain memberikan kesedaran pentingnya keadaan persekitaran yang bersih.

Mereka berharap melalui aktiviti itu, dapat menghulurkan sedikit bantuan dalam menyokong hasrat kerajaan bagi menjaga keselamatan, kebersihan dan kesihatan alam sekitar.