Aktiviti berfaedah musim cuti persekolahan

Aktiviti berfaedah musim cuti persekolahan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Dis – Liga Juara-juara Eropah Keluarga Sempena Cuti Penggal Persekolahan 2015 berlangsung meriah dengan disertai oleh ahli-ahli keluarga yang dibahagikan kepada empat buah pasukan.

Empat buah pasukan elit Eropah yang menjadi pilihan mereka ialah PSG dari Liga 1 Perancis, Borrusia Dortmund dari Bundesliga Jerman, Bayern Munich dari Bundesliga Jerman dan Juventus dari Serie A, Liga Itali.

Kejohanan bersifat kekeluargaan di Padang Bolasepak Mukim Lumapas itu telah dibahagikan kepada dua format iaitu Liga Satu Pusingan (Round Robin) dan Piala FA (kalah mati).

Muncul juara Liga Satu Pusingan ialah PSG, manakala Piala FA dijulang oleh Borrusia Dortmund.

Antara lain tujuan kejohanan itu dianjurkan adalah bagi mengisi masa lapang cuti penggal persekolahan dengan aktiviti riadah dan bermanfaat yang mampu mengeratkan lagi tali silaturahim di antara mereka di samping menerapkan amalan gaya hidup sihat. – Hasrulraizan

PSG (putih) muncul juara Liga Satu Pusingan manakala Borussia Dortmund (kuning hitam) menjulang Piala FA dalam Liga Eropah Keluarga berkenaan.
PSG (putih) muncul juara Liga Satu Pusingan manakala Borussia Dortmund (kuning hitam) menjulang Piala FA dalam Liga Eropah Keluarga berkenaan.