Aktiviti bersukan untuk kesihatan

Aktiviti bersukan untuk kesihatan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Bagi memeriahkan lagi Hari Keluarga, Sekolah Rendah Rimba II hari ini mengadakan ‘Educational Amazing Race’ di perkarangan sekolah berkenaan.

Bekas pengetua Sekolah Rendah Rimba II, Dayang Azimah binti Haji Ali Ahmad berkata, aktiviti itu merupakan aktiviti pembelajaran yang diselajurkan dengan bersukan untuk kesihatan. Acara dimulakan dengan senamrobik dan dimeriahkan dengan jualan bazar.

Dayang Azimah percaya bersukan membawa banyak faedah dan manfaat kepada setiap individu untuk mengekalkan kecergasan selain memupuk semangat muhibah. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.

Bekas pengetua Sekolah Rendah Rimba II menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Bekas pengetua Sekolah Rendah Rimba II menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

ARTIKEL YANG SAMA