Aktiviti Bootcamp keseronokan bersenam

Aktiviti Bootcamp keseronokan bersenam

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

SERAMAI 100 bootcampers telah menyertai sesi aktiviti Bootcamp kali yang ketiga dan telah dikendalikan oleh Awang Helmi Abdullah. Aktiviti Bootcamp Kecergasan ( HAF ) ini telah dijalankan di DAR TAKAFUL , Bandar Seri Begawan dan bermula selepas sembahyang fardu Isyak dan berlangsung selama 90 minit.

“Aktiviti bootcamp ini lazimnya adalah tentang penggabungan pelbagai aksi yang menyeronokkan ke dalam aspek senaman. Tema bootcamp kali ketiga ini adalah pada dasarnya memfokuskan tentang ‘permainan dengan peralatan’ yang terdiri daripada 12 stesen dengan peralatan yang berbeza untuk digunakan,” kata Awang Helmi Abdullah, Pengasas tempatan Bootcamp Brunei.

Pada masa yang akan datang Awang Helmi Abdullah, Organisasi Kecergasan (HAF) akan menjalankan Bootcamp secara besar-besaran pada 2 April 2016. Kepada yang berminat untuk menyertai Bootcamp, anda bolehlah melihat maklumat terkini dengan mencari di instagram @helmiabdullahfitness atau hubungi 7173390.

Seramai 100 peserta yang menyertai senaman Bootcamp dan tenaga pengajar ialah Awang Helmi Abdullah.
Seramai 100 peserta yang menyertai senaman Bootcamp dan tenaga pengajar ialah Awang Helmi Abdullah.

ARTIKEL YANG SAMA