Aktiviti bulan kreativiti di kompleks Mabohai

Aktiviti bulan kreativiti di kompleks Mabohai

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Pengurusan Kompleks Membeli-Belah Mabohai dengan kerjasama A. Shannon dan Create with Em meraikan bulan kreativiti dengan satu acara khas yang dikenali sebagai ‘Crafty Planners Event’ yang berlangsung di kompleks berkenaan, hari ini.

Acara berkenaan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan bengkel seperti kaligrafi moden, Brush Lettering dan khat kontemporari selain pelbagai jualan yang berkaitan dengan acara tersebut. Penganjur Bersama dalam acara ini, Adrina Shannon, ketika ditemui menjelaskan, acara ini merupakan yang julung kalinya diadakan dengan disertai oleh peniaga barangan kraf persendirian.

Beliau seterusnya menjelaskan, pada masa ini ramai rakyat Brunei yang kreatif dalam menghasilkan sesuatu barang untuk nampak lebih menarik.Dengan adanya acara seumpama ini, jelasnya, ia akan terus dikembangkan dengan lebih banyak penyertaan daripada peniaga kraf online di negara ini.

Bengkel di acara itu berjaya menarik 20 penyertaan daripada orang ramai yang diadakan pada sesi pagi dan juga petang.

Suasana pada acara Crafty Planners.
Suasana pada acara Crafty Planners.

ARTIKEL YANG SAMA