Aktiviti cegah jenayah diteruskan

Aktiviti cegah jenayah diteruskan

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Bangar, kelmarin, telah menjalankan aktiviti pencegahan jenayah bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Selapon/Lemaling/Simbatang dan ahli-ahli dari Majlis Perundingan Kampung (MPK) Batu Apoi.

Sebelum rondaan bermula, kesemua yang terlibat terlebih dahulu mendengarkan taklimat ringkas yang diadakan di Balai Raya Kampung Selapon.

Rondaan yang disertai oleh gabungan anggota polis bersama ahli PK dan ahli MPK itu diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Bangar, ASP Pengiran Anak Haji Azanuddin Aman Shah bin Pengiran Anak Haji Ismail Al-Haj.

Anggota polis, ahli-ahli PK dan MPK yang menyertai rondaan tersebut.
Anggota polis, ahli-ahli PK dan MPK yang menyertai rondaan tersebut.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Selapon, Awang Martan@Martin bin Apoi selaku pengerusi PK Selapon/Lemaling/Simbatang, Penghulu Mukim Batu Apoi, Haji Matzin bin Haji Awang selaku Penasihat PK Mukim Batu Apoi, Ketua Kampung Batu Apoi, Haji Daud bin Haji Masri dan Pemangku Penghulu Mukim Batu Apoi.

Rondaan menggunakan kenderaan itu menyasarkan kawasan di sekitar Kampung Selapon, Kampung Batu Apoi dan Kampung Selilit, bagaimanapun tiada sebarang kegiatan mencurigakan di sepanjang rondaan dijalankan.

ARTIKEL YANG SAMA