Aktiviti dan kempen pupuk amalan budaya kemasyarakatan kampung

Aktiviti dan kempen pupuk amalan budaya kemasyarakatan kampung

Oleh Mohamad Asyramisyanie, Hasrulraizan, Fizah dan Haji Mariat Haji Abdullah

 

Majlis Perundingan Kampung Pengkalan Batu

TIDAK lama lagi umat Islam di negara ini akan menunaikan Rukun Islam ketiga iaitu ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bagi menyambut kedatangan bulan yang mulia itu, bermacam-macam aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan diadakan di negara ini di antaranya ialah Majlis Kenduri Bacaan Doa Arwah dalam sama-sama mendoakan kaum keluarga yang telah kembali ke rahmatullah.

Sehubungan itu, Majlis Perundingan Kampung (MPK) bersama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Pengkalan Batu baru-baru ini telah mengadakan majlis berkebajikan bertempat di Dewan Kemasyarakatan Kampung Parit, Mukim Pengkalan Batu. Bacaan surah Yasin, tahlil dan doa arwah yang dihadiri oleh seramai lebih tiga ratus orang penduduk kampung tersebut dipimpin oleh Pengiran Saiful Hakimin bin Pengiran Liudin, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Pengkalan Batu.

Majlis Perundingan Kampung (MPK) bersama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Pengkalan Batu baru-baru ini telah mengadakan Majlis Kenduri Bacaan Doa Arwah.
Majlis Perundingan Kampung (MPK) bersama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Pengkalan Batu baru-baru ini telah mengadakan Majlis Kenduri Bacaan Doa Arwah.

Turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Ustaz Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohammad Yusof, selaku Penasihat Majlis Perundingan Kampung Pengkalan Batu dan Haji Kahar bin Haji Tinggal, Ketua Kampung Pengkalan Batu selaku Pengerusi MPK dan ahli jawatankuasa Takmir Masjid Kampung berkenaan.

Kempen kebersihan Batang Mitus

Manakala di Kampung Batang Mitus telah diadakan kempen kebersihan. Aktiviti kempen kebersihan ini adalah kali pertama diadakan dalam usaha membersihkan sepanjang jalan raya kampung Batang Mitus. Aktiviti ini juga bersempena sambutan Hari Alam Sekitar. Lebih 50 masyarakat kampung mengikuti kempen ini. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Penghulu Mukim Kiudang. Yang mulia Haji Abdul Rahim bin Abdullah Yakin.

Aktiviti kempen kebersihan ini adalah kali pertama diadakan dalam usaha membersihkan sepanjang jalan raya kampung Batang Mitus.
Aktiviti kempen kebersihan ini adalah kali pertama diadakan dalam usaha membersihkan sepanjang jalan raya kampung Batang Mitus.

Kempen ini diadakan bertujuan untuk mengutip sampah sarap yang telah dibuang oleh para pengguna jalan raya dan pemandu kereta yang tidak bertanggungjawab. Jika keadaan ini dibiarkan dan tidak dikutip, hal berkenaan boleh mencemarkan dan menjejaskan nama baik kampung.

Majlis Perundingan Kampung Mata-Mata

Seterusnya lebih 70 masyarakat kampung telah menyertai kempen membersihkan tanah perkuburan Bukit Pantai Kuitih, Kampung Mata-mata, Gadong. Kempen ini disertai oleh pelbagai persatuan di antaranya, Persatuan PUJA diketuai oleh Yang Berhormat Haji Zulkipli bin Haji Abdul Hamid, Presiden PUJA, Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru, Sekolah Menengah Katok, diketuai oleh Cikgu Hajah Lizawati binti Haji Jumat, Timbalan Pengerusi PIBG, ahli jawatankuasa MPK Kampung Mata-Mata dan ahli jawatankuasa takmir Balai Ibadah Kampung Mata-Mata, Gadong.

Sekitar 70 masyarakat kampung telah menyertai kempen membersihkan tanah perkuburan Bukit Pantai Kuitih, Kampung Mata-mata, Gadong baru-baru ini. - Oleh Gambar Fizah
Sekitar 70 masyarakat kampung telah menyertai kempen membersihkan tanah perkuburan Bukit Pantai Kuitih, Kampung Mata-mata, Gadong baru-baru ini. – Oleh Gambar Fizah

Majlis berkenaan dimulai dengan penyerahan wakaf daripada Hamba Allah yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Zulkipli, Presiden PUJA kemudian diserahkan kepada Yang Mulia Haji Metali bin Haji Kamis, Ketua Kampung Mata-Mata, Wakaf berupa barang-barang keperluan untuk membersihkan tanah perkuburan. Seterusnya majlis bacaan tahlil dan doa arwah dipimpin oleh Imam Haji Isa bin Haji Saban Imam Balai Ibadat Kampung Mata-Mata dan diteruskan dengan kempen kebersihan di tempat tersebut.

Majlis Perundingan Kampung Lupak Luas dan Tarap Bau

Aktiviti yang sama juga dijalankan oleh Majlis Perundingan Kampung Lupak Luas dan Tarap Bau dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Al Muhtadee Billah Kampung Sungai Kebun dengan mengadakan majlis Bertahlil di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pangga baru-baru ini.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ke majlis itu adalah Ketua Pegawai Hal Ehwal Masjid Pengiran Haji Amiruddin Pengiran Haji Tajuddin serta Penghulu Mukim Lumapas.

Suasana di majlis berkenaan. – Gambar oleh Mohamad Asyramisyanie
Suasana di majlis berkenaan. – Gambar oleh Mohamad Asyramisyanie
Ketua kampung Lupak Luas dan Tarap Bau (Paling kanan) di majlis berkenaan. – Gambar oleh Mohamad Asyramisyanie
Ketua kampung Lupak Luas dan Tarap Bau (Paling kanan) di majlis berkenaan. – Gambar oleh Mohamad Asyramisyanie

Majlis dibuka dengan bacaan surah Yasin dan diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa Arwah sebelum majlis bersurai hari ini. Menurut ketua kampung Lupak Luas dan Tarap bau, Haji Suhaili Haji Moktar, berkata bahawa majlis demikian dibuat bagi menyemarakkan bulan Syaaban dan menyambut kedatangan Ramadhan al-Kareem.

Majlis Perundingan Kampung Sungai Akar

Manakala, kempen membersihkan tanah perkuburan Islam anjuran Majlis Perundingan Kampung Sungai Akar mengalami kelainan tahun ini apabila mendapat kerjasama daripada Royal Brunei Catering (RBC) dari segi tenaga, kelengkapan dan makan-minum.

Tetamu kehormat semasa kempen petang berkenaan ialah Pemangku Pengurus Besar RBC, Pengiran Haji Abdul Rahman bin Pengiran Haji Mat Salleh dan Penasihat 1 MPK Sungai Akar, Dato Paduka Haji Idris bin Haji Belaman.

Bergotong royong secara bergilir memindah pohon besar yang tumbang di kawasan perkuburan. – Gambar oleh Hasrulraizan
Bergotong royong secara bergilir memindah pohon besar yang tumbang di kawasan perkuburan. – Gambar oleh Hasrulraizan
Pengiran Haji Abdul Rahman (kiri) ketika menyampaikan sumbangan derma kepada wakil Pengiran Hajah Zaleha. – Gambar oleh Hasrulraizan
Pengiran Haji Abdul Rahman (kiri) ketika menyampaikan sumbangan derma kepada wakil Pengiran Hajah Zaleha. – Gambar oleh Hasrulraizan

Selesai kempen di Tanah Perkuburan Islam Buyau, Simpang 83, Kampung Sungai Akar berkenaan, kesemua yang terlibat telah berkumpul di khemah tersedia dan pada waktu itu RBC telah berkesudian untuk memberikan sumbangan derma berupa barangan keperluan dapur kepada tiga orang warga Kampung Sungai Akar yang memerlukan.

Menyempurnakan penyampaian derma berkenaan disampaikan oleh Pengiran Haji Abdul Rahman dan disampaikan kepada Hajah Aisah binti Abdullah, Pengiran Hajah Zaleha binti Pengiran Haji Hitam dan Haji Daud bin Burut.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan membaca Tahlil dan Doa Tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Haji Didin Jamaludin. Hadir bersama semasa kempen berkenaan ialah Ketua Kampung Sungai Akar, Haji Ramlee bin Haji Mohd Zain selaku Pengerusi MPK Sungai Akar.

Ahli jawatankuasa Masjid Kampung Pintu Malim

Seramai 13 ahli jawatankuasa Masjid Kampung Pintu Malim dan beberapa orang penduduk Kampung Kota Batu yang diketuai oleh Ketua Kampung Kota Batu, Haji Damit bin Haji Laidin, telah mengadakan kempen kebersihan membersihkan kuburan lama di Kampung Patagian, kawasan Kampung Kota Batu. Aktiviti berkenaan diteruskan lagi dengan bacaan doa tahlil yang diketuai oleh Ketua Imam Kampung Pintu Malim, Imam Haji Mohd Azrol Alim bin Haji Zaini.

Seramai 13 ahli jawatankuasa Masjid Kampung Pintu Malim dan beberapa orang penduduk Kampung Kota Batu baru-baru ini telah mengadakan kempen membersihkan tanah perkuburan. – Gambar oleh Haji Mariat Haji Abdullah
Seramai 13 ahli jawatankuasa Masjid Kampung Pintu Malim dan beberapa orang penduduk Kampung Kota Batu baru-baru ini telah mengadakan kempen membersihkan tanah perkuburan. – Gambar oleh Haji Mariat Haji Abdullah

Majlis Perundingan Kampung Kulapis

Dalam menyemarakkan lagi ketibaan bulan Ramadhan yang bakal tiba sedikit masa lagi, baru-baru ini Majlis perundingan kampung Kulapis bersama Biro Wanitanya mengadakan Kempen Kebersihan di Tanah Perkuburan Larikan di kampung berkenaan.

Majlis berkenaan dipimpin ketua kampung Kulapis Haji Timor Haji Limbang dan turut di sertai penduduk Kampung Kulapis dan Anggota Polis Diraja Brunei Balai Polis Sengkurong (Bahagian Pengawasan Kejiranan).

Jurucakap MPK Kulapis ketika ditemui menegaskan majlis itu merupakan wadah kebajikan dan keagamaan yang diadakan pada setiap tahun bagi menyediakan persekitaran yang selesa kepada penduduk kampung dan ahli keluarga yang bersemadi di tanah perkuburan Islam berkenaan.

Gambar ramai di akhir majlis itu – Gambar oleh Mohamad Asyramisyanie
Gambar ramai di akhir majlis itu – Gambar oleh Mohamad Asyramisyanie
Suasana di majlis Kempen Kebersihan di Tanah Perkuburan Larikan di kampung Kulapis. – Mohamad Asyramisyanie
Suasana di majlis Kempen Kebersihan di Tanah Perkuburan Larikan di kampung Kulapis. – Mohamad Asyramisyanie

Menurutnya lagi selain daripada itu ia menjadi platform persepakatan dan persepaduan di antara institusi Kampung dengan pihak berkuasa seperti Pasukan Polis Diraja Brunei dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan kampung dan penduduknya.

“kami sangat berbesar hati dengan penyertaan jawatankuasa MPK dan penglibatan Biro wanita yang turut dibantu Anggota Polis Diraja Brunei Balai Polis Sengkurong yang ‘berkarih’ untuk menjayakan majlis berkebajikan ini” ujarnya.

Beliau kemudiannya menegaskan bahawa majlis ini merupakan program tahunan yang bukan sahaja bertujuan untuk kesejahteraan kampung malah menjadi program aktiviti gaya hidup sihat bagi penduduk kampung yang terlibat serta.

Sebelum mengakhiri temu bual bersamanya beliau mewakili seluruh warga kempen dan penduduk kampung Kulapis mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan yang mubarak dan mendoakan semoga setiap amalan yang baik dibuat akan diberkati Allah SWT.

ARTIKEL YANG SAMA