Aktiviti Hari Keluarga di kompleks Yayasan esok

Aktiviti Hari Keluarga di kompleks Yayasan esok

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Sempena Hari Keluarga Kebangsaan 2015, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) melalui pengurusan Kompleks Yayasan, akan mengadakan aktiviti Hari Keluarga pada Ahad ini (10 Mei) di plaza tengah kompleks berkenaan.

Aktiviti yang berlangsung daripada pukul 8 pagi hingga 7 malam itu akan diisi dengan pelbagai acara menarik, seperti senamrobik dan zumba, bouncer, kehadiran maskot, pertandingan mewarna, melukis muka, inai, snookball, bubble football, tulisan kaligrafi Islam, pertandingan Tamiya, pertunjukan binatang peliharaan, jualan makanan dan minuman serta bermacam-macam lagi.

Untuk keterangan lanjut mengenai aktiviti tersebut, orang ramai boleh mengikuti akaun Instagram @theyayasancomplex.

ARTIKEL YANG SAMA