Aktiviti kebajikan terus semarak

Aktiviti kebajikan terus semarak

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Pelbagai aktiviti keagamaan dan kebajikan terus diadakan oleh pelbagai pihak sebagai mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini.

Waris Orang Kaya Sinuddin tidak ketinggalan untuk beramal pada bulan mulia ini dengan mengadakan majlis doa arwah dan tahlil dan penyampaian derma kepada anak-anak yatim sempena Ramadan dan kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi.

Majlis yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan, Kampong Sengkurong, Jalan Jerudong, itu dihadiri oleh 560 orang ahli waris keluarga Almarhum Orang Kaya Sinuddin.

Acara itu dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah beramai-ramai dikepalai oleh Pg Haji Hamzah bin Pg Haji Mohammad disusuli ucapan alu-aluan oleh Haji Wahab bin Datu Derma Wijaya Haji Yusuf yang mempengerusikan majlis.

Penyampaian derma kepada anak-anak yatim.
Penyampaian derma kepada anak-anak yatim.

Ia diserikan lagi dengan ceramah agama oleh Haji Mail bin Awang Besar yang mengupas tajuk ‘ibadah puasa dan hubungannya dengan pembentukan perbadi.’

Pada majlis itu, sumbangan kepada anak yatim dan warga emas turut disampaikan dan diteruskan dengan bacaan tahlil, doa selamat, bersungkai dan seterusnya solat Maghrib berjemaah.