Aktiviti kemasyarakatan dalam Karnival Matan

Aktiviti kemasyarakatan dalam Karnival Matan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

Perasmian Karnival Matan 2015, baru-baru ini telah dibuka rasmi oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin di dalam satu majlis yang diadakan di Pentas Kebudayaan Pelancongan Sungai Matan.

Mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat majlis hari tersebut adalah ketua kampung Sungai Matan dan juga selaku pengerusi Ahli jawatankuasa Kerja karnival yang ke 7 kali diadakan iaitu Pengiran Haji Abdul rahman Pengiran Haji Zahri.

Sejurus selepas ucapan alu-aluannya, majlis diteruskan dengan perasmian karnival yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis yang kemudiannya merasmikan dan menepung tawar Perahu Pelancongan Majlis perundingan kampung Sungai matan.

Tetamu kehormat majlis serta perwakilan daripada kementerian Hal Ehwal dalam Negeri serta jabatan Pembangunan pelancongan KPSSU turut berpeluang untuk mengalami sendiri perahu yang baru sahaja dirasmikan itu.

Karnival berkenaan akan berlangsung selama 5 hari bermula hari ini sehingga 1 Jun 2015 bertempat di Kawasan Rumah Ketua kampung Sungai Matan di Jalan Kota Batu.

Ucapan perasmian oleh tetamu kehormat majlis.
Ucapan perasmian oleh tetamu kehormat majlis.
Tetamu kehormat majlis bersama tetamu khas majlis menaiki Perahu yang baru sahaja dirasmikan itu.
Tetamu kehormat majlis bersama tetamu khas majlis menaiki Perahu yang baru sahaja dirasmikan itu.
Tetamu kehormat menepung tawar Perahu pelancong MPKSM hari ini.
Tetamu kehormat menepung tawar Perahu pelancong MPKSM hari ini.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan

Antara aktiviti yang akan mengisi karnival kali ini adalah peraduan memasak Ikan, Persembahan Tarian Tradisional dan berdondang, Peraduan Mengibarkan Rambat, Peraduan meneka berat ikan, peraduan mewarna dan lukisan, Kuiz Karnival Matan Siok, Tarik Kalat, Peraduan Menganyam daun apong, cabaran Bukit Matan dan peraduan membaca surah lazim dan azan.

Menurut ketua kampung, selain memperkenalkan dan mempromosi kampung berkenaan ia juga menjadi wadah meningkatkan dan menjana perekonomian penduduk di sana melalau perniagaan kecil-kecilan.

Katanya lagi karnival ini menjadi platform mengeratkan silaturahim di antara penduduk kampung dengan peserta-peserta serta orang ramai dan sekali gus menyahut baik projek jabatan kemajuan pelancongan “Kenali Negara Kitani.”

Acara akali ini juga sebagai salah satu program menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun Angkatan bersenjata Diraja Brunei yang ek 54 Tahun 2015.

Majlis penutup pada 1 Jun 2015 nanti akan menyaksikan Pemangku Pegawai daerah Brunei dan Muara, Haji Misle Karim menyampaikan hadiah kepada barisan pemenang di sepanjang aktiviti karnival Matan 2015 ini nanti.

ARTIKEL YANG SAMA